saya-orang-miskin

Aku mungkin miskin pada pandangan kamu, tapi pernahkah kamu terfikir bahawa mungkin kamu lebih miskin dari aku...?

Monday, July 28, 2008

Kita Semua Orang Miskin

Saya nak berkongsi sebuah tulisan daripada seorang fotografer dan saya cedok ini dari salah satu account online beliau.

Kita semua orang miskin, kalau kau tak betah mengaku
Tapi kemiskinan kita berbeza-beza
Berbeza tahap dan kelompoknya

Mungkin kamu miskin budi bahasa
Kamu pula miskin akal
Dan kamu pula miskin adab
Kamu, kamu dan kamu
Atau mungkin aku pula punya beberapa jenis kemiskinan yang ada pada kamu

Tapi satu yang aku pasti
Dan sangat pasti
Ketika ini aku miskin harta
Aku miskin wang
Tapi aku tak suka meminta-minta
Dan tak pula suka diberi-beri

Jadi jangan pula kamu sesuka hati
Cuba-cuba bermurah hati memberi-beri
Bila aku sudah menolak berkali-kali
Kerana itu akan membuat aku terhina akan diri sendiri
Dan kamu tidak ada hak untuk berbuat begitu terhadapku
Kerana kamu sebenarnya menunjukkan satu lagi kemiskinan kamu -
Kamu miskin pemahaman, terhadap seseorang yang konon dipanggil kawan oleh kamu

Labels: ,

Wednesday, July 09, 2008

6 Soalan Perlu Dijawab Oleh Businessman Lampe Berger

Saya memang miskin. Tapi saya gunakan sedikit akal dan sumber yang ada untuk memperkayakan ilmu saya yang sedia miskin ceteknya ini. 

Kalau kamu ingat kamu nak perkenalkan saya dengan lombong emas Lampe Berger kamu tu, ini ada beberapa soalan yang patut kamu jawab dari saya:

PERTAMA - Kononnya MLM kamu jual 'lampu hikmat' Lampe Berger. Saya boleh dapat lampu dengan fungsi yang sama dengan 'lampu hikmat' kamu tu dengan harga bawah RM100, tapi lampu hikmat kamu tu berharga RM900.00. Dah berapa banyak kamu jual...? Dah tentu bilangan downline kamu lebih banyak daripada bilangan lampu yang kamu dah jual, kan...?

KE-2 - Saya dulu pernah jugak join MLM, tapi bila saya jumpe org, saya akan perkenal produk2 saya dulu. Lepas tu, kalau orang tu berminat, baru saya ajak die jadi downline saya.  Tapi kamu, terus-terus cerite pasal nak suruh saya join bisnes kamu tu. Sikit pun tak bukak mulut langsung pasal produk yang kamu jual. Habis, kalau dah sume org jadi supplier, siapa nak jadi buyer...? Atau sebenarnya, kamu memang bukan nak jual barang tu, sebenarnya kamu cume nak org jadi downline kamu..? Abis tu, boleh panggil itu bisnes ke? Bukankah dalam sesebuah bisnes kena ada supply and demand? Kamu sekolah tahap mana sampai tak tau logika kenyataan tu? Habis kalau takde supply and demand, tanya diri kamu balik, ini bisnes ke?

KE-3 - Kamu datang pada saya dengan soalan bertalu-talu, cubaan untuk menjatuhkan motivasi diri saya terhadap kerja dan pendapatan saya sekarang. Memang betul, saya tak berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang, tapi saya masih waras dan tau berfikiran logik. Bukan macam kamu yang mudah konon 'tersentuh hati' bila orang bangsa lain sanggup berkongsi Business Plan dengan kamu. Kononnya, kagum sebab orang bangsa lain beria-ia nak tolong kamu majukan diri kamu, beria-ia memberi sokongan dan galakan kepada kamu supaya kamu dapat hantar mak dan ayah kamu pegi Haji... Heyy... Mane ada orang nak bersusah payah membantu kamu menjana pendapatan 5 angka kalau tak mendatangkan apa2 faedah pada dia...? Kalau kamu boleh dapat 5 angka, kamu ingat, die boleh dapat berapa...?

KE-4 -  Bila saya mempersoalkan tentang apa yang kamu buat ini bunyinya macam sistem piramid, kamu berang. Kamu kata, kalau saya boleh beri kepercayaan kepada seorang pemandu teksi yang saya tak kenal untuk membawa saya ke satu destinasi, sedangkan entah2 mungkin dia seorang pembunuh; kenapa tidak saya percaya pada kamu-kawan saya sejak sekolah... Hey, saya tanya kamu, kenapa kamu patut pula percaya bulat2 yang kafir2 atasan kamu tu semua begitu prihatin nak kamu menghantar mak-bapak kamu pergi Haji tanpa sebarang agenda tersembunyi berbanding kawan kamu ini yang cuba nak membuka mata kamu dengan mengingatkan kamu yang cara kamu nak senang ini SALAH....?

KE-5 -  Cuba bagitahu saya, boleh tak kamu menafikan yang kamu sebenarnya tahu yang longgokan emas yang kamu kejar itu sebenarnya datangnya hasil daripada keberjayaan kamu mendapatkan sebanyak downline yang mungkin, yang mana setiap mereka perlu membayar RM2,345.00 untuk menyertai bisnes kamu itu...? Kamu sebenarnya tahu dengan terang dan nyata yang lampu hikmat itu memang tak akan laku dijual kamu, jadi alternatifnya, kamu perlu mencari seberapa bnyak downline yang boleh untuk mengembangkan rangkaian kamu dan memastikan pendapatan kamu terus berjalan. Jadi ape gunanya lampu hikmat itu muncul dalam perbincangan bisnes MLM kamu ini...? Sebagai pengabur mata....... kan..? Kamu tau itu, saya tau kamu tau.

KE-6 - Sudahnya, dengan pendapatan kamu yang beriban-riban tu, kalau betul kamu nak hantar mak dan ayah kamu menunaikan haji, kamu tanya diri sendiri, halalkah duit yang kamu gunakan tu untuk membiayai perjalanan mereka ke sana nanti...? Setelah kamu sebenarnya tahu apa sebenarnya bisnes yang kamu lakukan itu, setelah kamu tau betapa teruknya kamu melihat setiap kawan2 kamu sebagai penjana wang untuk kamu, setelah kamu hilang kepercayaan daripada kawan2 kamu akibat terlalu taksub dengan bisnes riba-riban kamu itu hinggakan kamu tutup mata, tutup telinga dengan segala fakta dan logika yang ada di depan mata, tak kira halal haramnya,  mampukah kamu masih terus berdiri megah di depan saya untuk menunjukkan kamu lebih kaya dari saya...?

Sekarang, saya memang miskin harta berbanding kamu. Tapi dari segi maruah, siapa lagi kaya...?

Labels: , ,

Wednesday, March 08, 2006

Miskin Segala-galanya...

Saya tak tahu apa kamu fikir tentang diri kamu. Tapi saya tahu diri saya. Saya miskin. Saya miskin dari bermacam-macam segi. Bahkan, segala segi. Kamu tidak salah kalau kata kamu tidak miskin. Dan saya juga pula tidak salah jika saya kata saya miskin. Sebab duit $$$$ bukan satu-satu unit ukuran kemiskinan saya. Dan sepatutnya juga bukan satu²nya unit ukuran kemiskinan bagi kamu.
Tapi kebiasaanya orang mengukur kemiskinan dengan duit. Bila seseorang sedar dia tak berduit, selalunya dia akan berusaha ke arah mengumpulkan seberapa banyak duit yang boleh untuk menampung kehidupannya. Untuk tampung pelajarannya, untuk berkahwin, untuk tampung makan-pakai anak-isteri, untuk beri pada orang tua, untuk bayar duit rumah, kereta, pinjaman, dan segala macam keperluan duit yg tak pernah habis. Jadi, kita sentiasa berusaha mengatasi kemungkinan miskin duit dalam hidup kita.
Tapi saya, saya tahu saya miskin lebih dari itu. Saya miskin duit, miskin harta, miskin iman, miskin amalan, miskin budi bahasa, miskin kawan, miskin hormat,.....dan macam-macam miskin lagi. Eh..mungkin kamu juga miskin seperti saya..? Atau kamu tak sedar yang kamu juga miskin macam saya...? Haaa...itu yang bahaya, sebab sebenarnya ramai yang tak sedar dia miskin - macam saya jugak pun ada. Kemudian menjelekkan kemiskinan saya. Secara tak langsung, itu menambahkan 'kekayaan' orang itu pada saya - kaya dosa.
Blog ini akan menjadi tempat saya mengupas satu persatu jenis kemiskinan orang MELAYU yang jarang nak diperkatakan tapi hakikatnya itulah yang menjadi 'penyakit keturunan' yang ada dalam diri orang Melayu, macam saya. Jadi, sama ada kamu orang Melayu kampung, bandar, Jawa ke, Bugis ke, Banjar ke....asal saja nama kamu 'si polan' bin/binti 'si polan' yang lahir, menetap dan membesar di Malaysia, maka saya kira kamu juga tergolong dalam kategori yang wajar membaca tulisan saya ini.
Saya mahu semua orang menilai tulisan saya, isi hati saya, pandangan saya. Mungkin saya tidak semestinya betul, tapi, saya juga tak semestinya salah...