saya-orang-miskin

Aku mungkin miskin pada pandangan kamu, tapi pernahkah kamu terfikir bahawa mungkin kamu lebih miskin dari aku...?

Monday, July 28, 2008

Kita Semua Orang Miskin

Saya nak berkongsi sebuah tulisan daripada seorang fotografer dan saya cedok ini dari salah satu account online beliau.

Kita semua orang miskin, kalau kau tak betah mengaku
Tapi kemiskinan kita berbeza-beza
Berbeza tahap dan kelompoknya

Mungkin kamu miskin budi bahasa
Kamu pula miskin akal
Dan kamu pula miskin adab
Kamu, kamu dan kamu
Atau mungkin aku pula punya beberapa jenis kemiskinan yang ada pada kamu

Tapi satu yang aku pasti
Dan sangat pasti
Ketika ini aku miskin harta
Aku miskin wang
Tapi aku tak suka meminta-minta
Dan tak pula suka diberi-beri

Jadi jangan pula kamu sesuka hati
Cuba-cuba bermurah hati memberi-beri
Bila aku sudah menolak berkali-kali
Kerana itu akan membuat aku terhina akan diri sendiri
Dan kamu tidak ada hak untuk berbuat begitu terhadapku
Kerana kamu sebenarnya menunjukkan satu lagi kemiskinan kamu -
Kamu miskin pemahaman, terhadap seseorang yang konon dipanggil kawan oleh kamu

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home